Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
Jumaat, 3 Februari 2012
Apa erti cinta jika hati menderita.
Apa erti cinta jika hati terluka.
Apa erti cinta jika hati kecewa.
Apa erti cinta jika hati tak bahagia.
Apa erti cinta jika diri bergelumang dengan dosa.
Apa itu erti cinta jika ada sengsara.
Jika itu benar erti cinta kenapa perlu ada wujudnya cinta..
Jika hanya mahu menderita.
♥ ♥ ♥
cinta akan ALLAH hati akan bahagia.
Cinta akan ALLAH hati akan sihat.
Cinta akan ALLAH hati akan sakinah.
Cinta akan ALLAH hati akan ada rahmat.
Cinta akan ALLAH hati akan mawaddah.
Cinta akan ALLAH hati tidak akan bergelumang dengan dosa.
Itulah erti cinta sebenarnya.
ITULAH SEBAB KENAPA RASA CINTA ITU PERLU WUJUD DALAM DIRI.. ♥
Apa erti cinta jika hati terluka.
Apa erti cinta jika hati kecewa.
Apa erti cinta jika hati tak bahagia.
Apa erti cinta jika diri bergelumang dengan dosa.
Apa itu erti cinta jika ada sengsara.
Jika itu benar erti cinta kenapa perlu ada wujudnya cinta..
Jika hanya mahu menderita.
♥ ♥ ♥
cinta akan ALLAH hati akan bahagia.
Cinta akan ALLAH hati akan sihat.
Cinta akan ALLAH hati akan sakinah.
Cinta akan ALLAH hati akan ada rahmat.
Cinta akan ALLAH hati akan mawaddah.
Cinta akan ALLAH hati tidak akan bergelumang dengan dosa.
Itulah erti cinta sebenarnya.
ITULAH SEBAB KENAPA RASA CINTA ITU PERLU WUJUD DALAM DIRI.. ♥
Rabu, 1 Februari 2012
Antara cinta dan nafsu
Antara cinta dan nafsuCinta dan nafsu bagaikan dua saudara kembar yang sulit dipisahkan. Cinta kadangkala membuat seseorang menjadi buta dan mendewakan ‘hawa nafsunya’ daripada akal sihatnya. Cinta dapat membuat seseorang mabuk dan mengorbankan kehormatan dan norma dirinya sendiri. Cinta membuat seorang raja bagaikan seorang hamba sahaya dan cinta seringkali diatasnamakan oleh orang-orang yang mengejar kenikmata untuk memuaskan hawa nafsunya belaka.
Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta antara dua anak manusia tetapi islam mengajarkan untuk menempatkan perasaan cinta itu dalam tempat yang sewajarnya. Islam mengajarkan bahawa kecintaan kepada Allah dan Rasul-NYA haruslah lebih utama daripada kecintaan kepada lawan makhluk
Dengan memiliki kecintaan ini nescaya dua orang yang sedang saling mencinta akan tetap menjaga cintanya tetap suci jauh dari tingkahlaku yang dilarang Allah dan Rasul-NYA yang akan mengotori cinta itu sendiri. Kecintaan seperti inilah yang akan mengubati rasa sakit akibat cinta itu dan menumbuhkan perasaan kasih sayang yang tulus ikhlas.
Islam sangatlah melarang untuk menempatkan rasa cinta terhadap sesuatu diatas kecintaan bukan kerana Allah dan Rasul-NYA kerana kecintaan seperti itu hanyalah akan membawa malapetaka dan bukanlah kebaikan. Firman Allah SWT,
“ dan diantara mannusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman amat sangat cintanya kepada Allah” (Surah Al-Baqarah: 165)
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“tidaklah seseorang diantara kalian beriman sehingga aku menjadi orang yang lebih dia cintai daripada anak dan bapanya serta semua manusia” (HR Ahmad)
Kecintaan yang tulus kepada Allah dan Rasul-NYA memberikan ketenangan dalam hidupnya terhadap persoalan-persoalan cinta serta mengawal gejolak nafsunya kepada hal yang diredhai Allah. Kecintaannya kepada Allah dan Rasul-NYA yang mampu menahan godaan-godaan yang lebih diakibatkan nafsu berahi yang mampu menjerumuskannya dan kekasihnya ke jalan yan dimurkai Allah. Kerana cinta yang tulus dan murni itu datangnya hanyalah dari Allah sebagai sebuah fitrah yang harus disyukuri bukan diderhakai.
Langgan:
Ulasan (Atom)
.jpg)

