Ahad, 30 Jun 2013

Kenapa aq trllu lemah....lembap..xpndai mcm orng lain...kdng2 aq asa diri aq nie mcm org xpandang ja...
serba kekurangan..dah la bljar pon xpndai..selalu bg mama n abah terasa aty..mama sllu kta aq belajar pon xpndai mcm ank orng len...aq kecewa sangat msa tu..
hari tu, mama ada kata saudara mara dia semua ank2 depa masuk "U" ambik bidang doktor...bidang2 yg org nampak 
masa depan...tpi aq...sbilik nya...aq taw mama maluu..sbb aq ambik bidang yg mcm 2...nnti kalo orng tanya mak aq.."ank hang kje apa...?"mama pon xtaw nk kata apa...sbb aq ambik bidang multimedia..

aq trsa jugak dngan kata2 mama..seolah2 dia sokong apa yg aq buat..seolah2 dia memperlekeh kan aq...
Aq xthu lah masa bila dia bangga ngn apa yg buat...

Jumaat, 3 Februari 2012

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…


6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
Apa erti cinta jika hati menderita.
Apa erti cinta jika hati terluka.
Apa erti cinta jika hati kecewa.
Apa erti cinta jika hati tak bahagia.
Apa erti cinta jika diri bergelumang dengan dosa.
Apa itu erti cinta jika ada sengsara.

Jika itu benar erti cinta kenapa perlu ada wujudnya cinta..
Jika hanya mahu menderita.

♥ ♥ ♥
cinta akan ALLAH hati akan bahagia.
Cinta akan ALLAH hati akan sihat.
Cinta akan ALLAH hati akan sakinah.
Cinta akan ALLAH hati akan ada rahmat.
Cinta akan ALLAH hati akan mawaddah.
Cinta akan ALLAH hati tidak akan bergelumang dengan dosa.
Itulah erti cinta sebenarnya.

ITULAH SEBAB KENAPA RASA CINTA ITU PERLU WUJUD DALAM DIRI.. ♥

Rabu, 1 Februari 2012

Antara cinta dan nafsu





Antara cinta dan nafsu




Cinta dan nafsu bagaikan dua saudara kembar yang sulit dipisahkan. Cinta kadangkala membuat seseorang menjadi buta dan mendewakan ‘hawa nafsunya’ daripada akal sihatnya. Cinta dapat membuat seseorang mabuk dan mengorbankan kehormatan dan norma dirinya sendiri. Cinta membuat seorang raja bagaikan seorang hamba sahaya dan cinta seringkali diatasnamakan oleh orang-orang yang mengejar kenikmata untuk memuaskan hawa nafsunya belaka.

Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta antara dua anak manusia tetapi islam mengajarkan untuk menempatkan perasaan cinta itu dalam tempat yang sewajarnya. Islam mengajarkan bahawa kecintaan kepada Allah dan Rasul-NYA haruslah lebih utama daripada kecintaan kepada lawan makhluk

Dengan memiliki kecintaan ini nescaya dua orang yang sedang saling mencinta akan tetap menjaga cintanya tetap suci jauh dari tingkahlaku yang dilarang Allah dan Rasul-NYA yang akan mengotori cinta itu sendiri. Kecintaan seperti inilah yang akan mengubati rasa sakit akibat cinta itu dan menumbuhkan perasaan kasih sayang yang tulus ikhlas.

Islam sangatlah melarang untuk menempatkan rasa cinta terhadap sesuatu diatas kecintaan bukan kerana Allah dan Rasul-NYA kerana kecintaan seperti itu hanyalah akan membawa malapetaka dan bukanlah kebaikan. Firman Allah SWT,

“ dan diantara mannusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman amat sangat cintanya kepada Allah” (Surah Al-Baqarah: 165)

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

“tidaklah seseorang diantara kalian beriman sehingga aku menjadi orang yang lebih dia cintai daripada anak dan bapanya serta semua manusia” (HR Ahmad)

Kecintaan yang tulus kepada Allah dan Rasul-NYA memberikan ketenangan dalam hidupnya terhadap persoalan-persoalan cinta serta mengawal gejolak nafsunya kepada hal yang diredhai Allah. Kecintaannya kepada Allah dan Rasul-NYA yang mampu menahan godaan-godaan yang lebih diakibatkan nafsu berahi  yang mampu menjerumuskannya dan kekasihnya ke jalan yan dimurkai Allah. Kerana cinta yang tulus dan murni itu datangnya hanyalah dari Allah sebagai sebuah fitrah yang harus disyukuri bukan diderhakai.

Khamis, 22 Disember 2011

Harga Sekuntum Cinta - Far East




Pada redup renung dan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa
Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai
Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi
Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya
Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA

Selasa, 20 Disember 2011

Tuhan Memberi Kita Hanya Satu Hati


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,
 tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.
 Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat..
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
 Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
 Itulah namanya Cinta.

 Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi,“Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
 Jawab titisan air mata kedua itu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,
dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu bermula dari mata, sedangkan rasa suka bermula dari telinga.
 Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
Tetapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihati dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
 Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
akhirnya kita terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan didada kita itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Allah menginginkan kita bertemu
dan bercinta dengan orang yang salah sebelum
bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaan itu.
 

Designed By Blogs Gone Wild!